11 Dec 2017

Resepi Sup Ayam Senang

Resepi Sup Ayam Senang || Semalam mengantuk tak dapat bukak mata. Makan banyak sangat kot tengahari haha. 

Farah bawa bekal pagi dan tengahari nasi lauk ayam percik. Lepas makan pagi mengantuk, lepas makan tengahari pun mengantuk. Dahsyat sangat penangan ayam percik ini hehe. Kalah nasi lemak. 
Resepi Sup Ayam Senang
Resepi Sup Ayam Senang
Semalam farah masak ayam percik teringin sangat nak makan percik. Kalau duduk di Kelantan zaman belajar dulu, farah dan hubby selalu juga keluar makan ayam percik. Kat sana farah lebih gemarkan ayam percik putih dari merah. Tapi farah masak ayam percik merah sebab hubby lebih suka ada warna haha. 

Hari ini nak kongsi resepi sup ayam. Sup ayam ini senang je nak buat. Farah selalu juga buat dulu untuk medina. Dia suka makan sup. Kalau sup daging lambat sikit nak masak, sebab itu farah lebih suka buat sup ayam. Hubby pun boleh makan sekali. Maklumlah hubby tak suka sup daging hehe. 

Apa lagi, jom buat sup ayam senang!

SUP AYAM SENANG


Bahan-bahan A: 
1 ekor ayam
4 biji kentang (dibelah 4)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
1 pokok daun sup dan daun bawang (dihiris)
5 cawan air
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 susu makan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng - tak letak

Bahan-bahan B:
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)

Bahan-bahan C (rempah tumis):
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara:

1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan tuskan.

2. Panaskan minyak. tumis lada hitam, bahan yang dihiris dan rempah tumis.

3. Masukkan ayam dan kacau rata.

4. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendidih.

5. Masakkan sehingga kentang dan lobak merah lembut.

6. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng, daun sup, dan daun bawang. 

Siap!
Resepi Sup Ayam Senang
Resepi Sup Ayam Senang
Resepi ini farah dapat dari buku 1 hari 1 resepi. Buat masa sekarang memang sup ayam farah guna resepi ini je. 

Bila nak cepat farah tak letak bahan-bahan macam daun sup, daun bawang, bawang goreng. Kali ini pun farah tak letak ubi kentang sebab tak ada hehe. Kalau takut pedas untuk baby, tak perlu letak lada hitam. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini: 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign