31 Dec 2017

Resepi Telur Masak Kurma

Resepi Telur Masak Kurma || Masakan kurma bukan lah masakan yang selalu farah masak. Sebab farah lebih gemarkan makan nasi dengan kuah banjir. Jadi farah lebih sukakan kuah yang tak berapa pekat. Tapi kali ini hubby kata boleh lah cuba biat telur masak kurma. Hubby pun bukan suka sangat masak kurma, tapi sekali sekala boleh aje nak makan. 
Resepi Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma
Mula-mula tanya hubby nak telur masak kurma ke ayam masak kurma. Hubby pilih telur sebab katanya banyak sangat telur kat rumah haha. Memang banyak pun yang ada. Kami duduk berdua je, tapi beli telur satu papan. Kalau lambat pakai takut telur rosak pula kan. 

Farah buat telur kurma ini rebus kemudian goreng. Farah tak pasti orang lain goreng ke tak. Kalau tengok di kedai, jarang-jarang farah jumpa telur masak kurma di goreng. Biasanya cuma rebus biasa. Hubby minta goreng dulu, jadi farah goreng lah hehe. 

Jom buat telur masak kurma!

TELUR MASAK KURMA
resepi asal: mamawandiha

Bahan-bahan:
3 biji telur - rebus, kupas dan goreng sebentar
1 biji ubi kentang - potong kecil supaya senang masak
5 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 sudu besar rempah kurma - campurkan dengan air untuk dijadikan pes
2 cawan santan
1 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis
1 cili merah untuk hiasan

Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. 

2. Tumis bahan tumis sebentar, masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sebentar hingga naik bau. 

3. Masukkan pes kurma. Kacau rata dengan api kecil. Tumis hingga naik minyak. 

4. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula. Masak sehingga ibu kentang lembut. Kacau selalu supaya santan tidak membuak-buak. 

5. Masukkan asam keping dan telur yang telah digoreng. Masak sebentar. 

6. Hias dengan cili merah. 

Siap!
Resepi Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma
Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign