16 Feb 2017

Majlis Perpisahan || Klinik Pergigian Air Hangat

Kerja kat langkawi ni memang selalu staf bertukar. Kebanyakan orang yang masuk kerja sini memang paksa rela. Macam farah sendiri haha. 
Awal-awal masuk sini memang tak rela. Sedih kemain. Bukan ape. Bila dok Langkawi ni, malam memang terputus hubungan dengan luar. Feri sampai pukul 7@8 je. Kalau ada emergency dari seberang malam-malam memang tak boleh buat ape. Tunggu pagi baru boleh bertolak. 

Flight? Flight bukannya 24jam hadooo. Sama je dengan feri. 

Kali ni juruteknologi pergigian kami yang pindah. Majlis kami buat kecil-kecilan je.  Sebab awal tahun ni semua sibuk, susah nak cari masa yang semua staf boleh berkumpul sekali. 

Dah last minute sangat, tempah je makanan kat kedai yang tak banyak songeh. Kami pilih nasi arab kali ni hehe. Nasi arab ni farah sendiri pernah makan dengan hubby kat kedai dia. 

Nama kedai dia Kaki Gunung Cafe. Nasi arab kat sini agak popular. Masa farah pi hari tu penuh kedai tau. Nasib baik sempat dapat meja kosong. Baru duduk kejap, segerombolan lagi orang mai. Menu lagi satu yang popular kat sini adalah coconut shake. Tapi bagi farah biasa-biasa je coconut shake dia hihi.

Bila minta delivery dia bungkus macam ni haha. Feeling jamuan tu kurang sikit lah bila bukan makan buffet kan? Tapi takpe lah. Asalkan dapat melantak. Nasi dia memang banyak. Tengok dalam bekas ni nampak macam sikit je, tapi bila makan, geng perempuan makan semua tak habis, kecuali farah hahaha. Nampak tak di situ betapa ai kuat makan?
Ni ha nasik dia. Bagi farah, memang puas hati bila makan.
Ni ayam tandoori. Farah rasa takde lah rasa sangat tandoori. Tapi ayam masak betul, jadi sedap lah hihi.
Acar dengan sos di bungkus dalam plastik ziplock. Senang nak bukak tak payah bukak getah.
Ni depa pi beli ayaq teh ais. Dah la cheq dok pantang ayaq manih. Tapi surrender jugak hehehe.
Pisang goreng ngan ubi goreng pun ade.
Yang ni memang tak larat dah nak makan masa jamuan. Lepas dah habis jamuan baru la larat.
Ni masa farah pi makan kat kedai dulu. Makan dengan hubby masa tu tak habis kononnya. Hubby kena tolong habiskan haha.😁

Ini lah coconut shake dia. Farah rasa biasa je. Sebab ada jumpa yang lagi sedap kat padang matsirat ehhehe.

Sekian.















Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign