27 Feb 2017

Cuddle Me Baby Carrier || Review



Hai korang!! Hari ni nak kongsi sikit pasal baby carrier yang farah pakai. Jenis apa yang farah guna? Ada banyak jenis sebenarnya haha. 
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Farah pakai baby wrap, hip seat dan satu lagi carrier yang farah nak kongsi hari ni. 

Farah bukan lah faham sangat pasal carrier ni. Kalau nak kaji memang banyak. Ai pemalas haha. Tapi farah macam pernah terbaca yang hip seat carrier ni tak elok untuk baby. Betul ke tak tak tau lah.  

Baby wrap yang farah pakai brand Makyang. Memang glamour la baby wrap ni. Tapi malangnya medina tak suka. Mungkin dia rasa panas ataupun memang tak suka kita dakap dekat-dekat bila pakai baby wrap haha. 

Hip seat pulak farah bukan pakai sebagai carrier bila berjalan, farah cuma guna seat dia untuk dukung medina dalam rumah dan untuk dodoi dia malam-malam. Maklumlah medina ni sedap sikit badan dia. Dukung lama sikit, farah dah sakit belakang hihi.

Sekarang farah guna Cuddle Me baby carrier. Yang ni lah paling best farah rasa. Farah beli kat facebook page. Harga dia dalam RM 170  kalau tak silap. Masa survey tu memang berkenan Ergobaby. Tapi harga dia ya ampun mahaiiiii!! Survey punya survey tengok orang kata Cuddle Me pun ok. 

Nak pilih baby carrier kena ada ciri-ciri yang kita nak tengok. Ciri-ciri ni untuk pastikan baby sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang kita bawa dia dalam carrier. Dan kita yang bawak dia pun sihat dan selamat. Nak senang faham, ergonomik lah. 

Salah satu peraturan baby carrier ni adalah TICKS. Ape dia TICKS ni? Meh nak citer. 

T (tight)
Maksudnya baby kena berada kemas dalam dakapan mummy/daddy. Jangan ketat sangat sampai lemas, tapi jangan longgar sangat takut jatuh. 

I (in view at all times)
Sepanjang baby dok dalam carrier, mummy/daddy mesti pastikan kita boleh tengok baby, boleh berkomunikasi dengan baby. 

C (close enough to kiss)
Kalau bawa baby, kita tundukkan kepala kita sikit dah dapat kiss dahi baby. Ha, macam tu lah kena dekat. 

K (keep chin off chest)
Dagu baby tak boleh bersentuh ataupun tertekan ke dada kita sebab bimbang tak boleh bernafas. 

S ( supported back)
Baby yang masih kecil, normal untuk belakang dia melengkung dalam bentuk C. Jadi bila pakai carrier, kita kena pastikan belakang baby tak melengkung ke arah yang salah. 


Ha tu lah peraturan TICKS. Selain yang tu, ada lagi ciri-ciri lain yang kita kena tengok. 

Kaki baby mestilah terkangkang bila berada dalam carrier. Maksudnya bahagian bawah carrier yang support baby tu mesti boleh pegang buntut dan kaki baby, bukan tergantung. 
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Kaki baby kena terbuka macam dalam gambar belah kanan tu.
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Nah, cuba bayangkan korang sendiri yang tergantung macam ni. Selesa tak? Tak kan? Kesian kat baby.
Lagi satu yang penting, beli lah carrier yang original. Memang mahal sikit, tapi yang penting selamat. 

Nak beli tu jangan lah beli di luar kemampuan pulak. Macam farah sendiri, kalau RM400++ tu memang tak mampu lah. Hehe. 


Cuddle Me Baby Carrier || Review
Ni bahagian yang atas. Ada zip dan dalam ni ada benda macam topi /payung untung payung kepala baby bila panas atau hujan.

Cuddle Me Baby Carrier || Review
Ni bahagian pinggang kita. kat tepi ada zip jugak. senang nak simpan benda kecik macam handphone. Tapi adanya farah tak letak ape-ape pun.
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Ni pun bahagian pinggang, ada slot yang tak berzip kat sini. Boleh simpan sapu tangan baby atau benda-benda kecil yang nak senang capai. Tapi biasa bila farah bawak medina, slot ni memang tertutup sebab buntut dia dok situ haha.
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Booklet. Dalam ada cerita cara pakai carrier. Bagus untuk first timer macam farah. Ingat senang ke pakai? Salah cara, baby boleh jatuh tau. 
Cuddle Me Baby Carrier || Review
Ni pulak teething pad. Untuk letak kat bahu kita masa galas. jadi baby boleh gigit-gigit.

Cuddle Me ni farah beli kat facebook page Magically Dazzling Babywearing. Sebab kawan cadangkan lepas dia beli. Korang pi lah tengok-tengok kalau tengah cari.

Babai!




Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign