30 Mar 2017

Resepi Pancake Pisang Untuk Bayi

Pancake, lempeng, peknga. Nama lain-lain tapi benda sama je hehe. Kat tempat farah di Besut, kami panggil lempeng. Bila farah datang ke Kedah, farah dengar orang panggil peknga. Awal-awal dulu rasa pelik bila dengar. Lama-lama peknga dah bunyi biasa di telinga. 
Kalau pancake pulak mesti lah asalnya omputih punya hehe. Nama pun dah tau kan? Resepi pancake biasanya ada serbuk penaik walaupun resepi yang farah kongsi hari ni tak ada serbuk penaik. Tekstur pancake agak menyerupai kek dan tak sama tekstur dengan lempeng/peknga.

Masa kecil-kecil dulu farah suka lempeng. Makan dengan susu pekat sedap, makan dengan sardin sedap, makan dengan gulai pun sedap. 

Farah pernah cuba buat lempeng, letak susu tepung sikit dalam bancuhan tepung. Bertambah-tambah sedapnya hihi. Tak tipu tau. Mertua farah pun cakap sedap. Lempeng jadi lebih lembut.

Resepi pancake kali ni adalah resepi yang farah buat untuk medina. Resepi ni sebenarnya bukanlah resepi yang korang tak pernah dengar. Mesti kebanyakannya dah ramai yang tahu. Asalnya resepi ni farah terjumpa bila baca resepi pancake untuk diet. Sebab resepi pancake ni tak menggunakan tepung.

Farah buat resepi ni sebelum dapat tahu medina alahan dengan telur. Rasanya selepas ni farah kena cari resepi yang tak menggunakan telur untuk medina. Kalau anak korang tak ada alahan, boleh teruskan dengan dengan resepi yang mudah ni.

Pancake Pisang

Bahan-bahan:
1 biji pisang
1 biji telur

Cara-cara:
1. Lenyek pisang sampai hancur.



2. Gaulkan dengan sebiji telur.

3. Panaskan kuali non-stick. Nak letak minyak boleh, tapi sikit je.
4. Sudukan kecil-kecil pancake kedalam kuali. 

5. Balikkan pancake selepas sebelah dah masak. Masa kena agak-agak sendiri bergantung pada api korang.
Senang saja kan? Pisang di rumah farah kecil. Jadi farah guna 2 biji pisang dan 1 biji telur. Medina suka pancake ni. Dia boleh pegang satu keping pancake tu sekali makan sebab saiz dah buat kecil-kecil.

Resepi pancake ni sesuai dengan kanak-kanak sebab bebas gula. Pisang yang digunakan sebenarnya sudah cukup manis, Memang tak perlu tambah gula untuk perasakan. 
Lain kali Insyaallah farah cuba kongsi resepi pancake tanpa telur. Selamat mencuba!!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign