2 Apr 2017

Dapat juga merasa Wall's Ice Cream Sandwich

Wall's Ice Cream Sandwich
Wall's Ice Cream Sandwich
Baru-baru ni farah tengok ramai rakan di facebook makan aiskrim Wall's yang baru. Farah pun teringin nak cuba. Aiskrim Sandwich perisa vanila dan  coklat. Tengok iklan memang terlioq. 
Wall's Ice Cream Sandwich
Masa kecil dulu, kami adik beradik selalu ikut abah dan umi ke kebun durian. Setiap kali pergi, kami akan singgah di satu kedai kecil tepi sawah. Aiskrim kat sini semua nostalgia punya. Yang murah-murah dan sekarang dah susah cari. Kami selalu beli aiskrim sandwich sorang satu. Rindunya bila teringat.

Sekarang dok tengok iklan aiskrim Wall's rasa nak cuba juga sebab teringat aiskrim yang dulu hehe.

Aiskrim ni asalnya dari Indonesia. Tapi jangan risau, aiskrim ni ada cop halal. jadi boleh makan tanpa ragu-ragu. 

KOMEN FARAH

Aiskrim ni comel. Biskut di luar tu siap ada lukisan lagi. Lukisan ada banyak jenis, bukan sama setiap aiskrim.
Wall's Ice Cream Sandwich
Wall's Ice Cream Sandwich
Biskut manis sangat. Kalau makan sambil tutup mata, tak dapat beza rasa mana satu vanila, mana satu coklat sebab biskut rasa manis lebih.
Wall's Ice Cream Sandwich

Ada orang kata biskut liat, tak sedap. Farah rasa biskut liat tu ok je. Tak ada masalah. senang nak gigit bersama aiskrim hehe.


Korang dah cuba Wall's Ice Cream Sandwich ni? Kalau belum, cuba lah!










Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign