4 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Mee Goreng Mamak

Minggu ni penat yang amat. Kerja bertimbun pagi petang tak habis-habis. Biasanya bila balik kerja, larat lagi nak main kejar-kejar dengan medina. Ni tak, nak pengsan je rasa. Medina tidur je, farah terus tidur. Hehe.
Resepi Mee Goreng Mamak
Biasanya malam farah akan sediakan bahan basah untuk bekal, gosok tudung, kemas beg siap-siap untuk esoknya. Bila tak sediakan malam, esok mesti kelam-kabut. Mula lah kalut itu ini. Tudung tak iron lah, stokin tak jumpa lah, bekal air belum isi lah. Lepas tu bawa kereta macam mat rempit (kalau mat rempit merempit guna kereta) haha. 

Hujung minggu yang lepas, farah teringin nak cuba masak mee goreng mamak. Kalau makan kat kedai, hubby suka mee goreng mamak. Tapi ada kriteria mee goreng mamak yang dia suka. Kena banyak telur, kena hitam sikit, ape lagi ntah. Farah jarang masak makanan panas macam di kedai. Biasalah kalau di rumah mesti kita masak lauk pauk kan? Tapi sekali sekala kena masak juga makanan panas. Baru lah jimat, tak perlu cari di kedai makan hehe. 

Bagi farah mee kuning lebih senang nak goreng berbanding bihun. Kalau bihun nak kena bagi lembut, mee tak perlu. Ingat dulu masa baru kahwin, farah memang tak reti goreng bihun. Rasanya setahun juga baru lepas buat bihun goreng haha. Bukan sebab bihun tak lembut, sebab terlebih lembut! Farah selalu rendam bihun dengan air panas untuk kasi lembut cepat. Bila masak, bihun habis lekat-lekat dan lembik. Setahun juga baru nak sedar tang mana salah masak.

Farah bukanlah penggemar mee kuning masa kecil dulu. Tak suka. farah lebih sukakan bihun. Tapi bila dah berumur ni, angin berubah sikit. Dah mula boleh terima mee kuning. Tak cerewet sangat dah hihi. 

Resepi kali ni macam biasa, dari buku masakan yang farah beli. Farah nak cuba, samada resepi dalam buku ok atau tidak. Zaman sekarang tak ramai yang beli buku masakan. Sebab resepi semua ada di internet. Google je terus dapat. Free je tak habis 1 sen pun. Tambah tambah lagi kalau di internet, resepi ada gambar mengikut langkah. Lagi lah orang suka kan?

Jom kita tengok resepi.

Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:
Resepi Mee Goreng Mamak
1 bungkus mee kuning
100gm daging (di hiris nipis) - tak letak
1 paket kek ikan (di hiris nipis) - tak letak
3 biji cili hijau (di hiris nipis) - tak letak
1 paket bebola ikan (dipotong 2)
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi (dipotong kecil)
3 sudu makan cili kisar (boleh letak lebih kalau nak lebih pedas)
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar (dicincang halus)
3 biji telur ayam

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili kisar, dan rempah kari. Barkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. Biarkan sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kemudian kacau rata. 
  5. Masukkan tauge dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur itu masak sedikit, barulah di kacau dan di gaul rata.
  8. Masakkan mee sedikit kering.
  9. Hidangkan di dalam pinggan leper dan hiaskan.

Resepi Mee Goreng Mamak

KOMEN FARAH

Resepi Mee Goreng Mamak
1. Resepi ada cili hijau, tapi cara membuat tak di tulis untuk apa cili hijau tu.
2. Dalam gambar ada udang dan tauhu (rasanya) tapi tiada dalam bahan-bahan.
Resepi penting untuk orang yang tak pandai masak macam farah. Sebab belum pernah masak resepi ni, farah akan ikut satu-satu apa yang di tulis. Farah sediakan bahan dan baca cara masak awal-awal, jadi farah tak beli cili hijau sebab dalam cara-cara tak tulis untuk apa. MungkIn untuk hias je kot. farah guna cili merah untuk hias, sebab dalam gambar pun ada cili merah.

Sedap! Ini yang penting. Hubby kata sedap tapi pedas haha. Sebenarnya tak lah pedas sangat. Tapi kami berdua, dua-dua tak makan pedas. Jadi kalau pedas sikit dah tak tahan. Takpe yang penting sedap. 

Resepi mee goreng mamak ni senang nak buat. Langkah yang disediakan agak senang. Straight to the point. Boh tu, campak ni. Tengok-tengok siap. Senang cerita. 

Selamat mencuba!!










Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign