5 Apr 2017

Ketagih bau perfume De'xandra

Ketagih bau perfume De'xandra
Hari ni beli perfume De'Xandra lagi. Beli satu set terus untuk farah dan hubby. Berbunga-bunga hati dapat bau Bombshell yang diidamkan hihi. 

Farah mula-mula pakai De'Xandra tahun lepas. Saja je nak cuba sebab jenama ni memang popular kan. Seller yang farah hubungi tu suggest Bombshell sebab farah kata farah nak bau yang sweet. Memang tak menyesal. Best gila bau dia! 

Kali kedua farah beli dekat mall. Masa tu ada promosi. Tapi bombshell habis. So farah pakai yang lain. Nama ape ntah, lupe. Sekarang dapat semula bombshell hehe. 

Ada juga kawan-kawan kata bau Incanto Shine best juga. Lepas ni farah nak cuba juga. Korang pernah cuba tak perfume De'Xandra? Cuba lah kalau belum.

Top 3 yang farah suka:
  1. Victoria Secret Bombshell
  2. DKNY Be Delicious
  3. Sexy Men (hubby punya kekeke)


Baca Selanjutnya »

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Masak Kicap


Masakan ayam adalah masakan yang farah rasa selesa. Kebanyakan resepi tak susah. Melainkan ayam panggang oven, ayam bakar pi piknik dan lain-lain hehe. Kalau yang tu susah sebab farah tak pernah buat bahan perap ayam untuk barbeku.

Selera hubby ni special sikit. Tekak tak suka udang, sotong, daging dan segala jenis kerang. Nak senang cerita, kebanyakan yang boleh makan cuma ayam, ikan dan ketam hehe. Nasib baik ketam boleh. Kalau tak, merana lah farah tak boleh masak masakan laut.

Ikan pula tak boleh ikan sungai. Tapi farah pun tak boleh tahan ikan sungai jadi tak da masalah la hihi.

Rasanya sejak kahwin, farah memang masak ayam kebanyakannya. Sebab farah rasa ayam dengan ikan, ayam lagi berbaloi. Ikan lebih mahal. Ada juga masak ikan, tapi jarang. Masakan ayam yang paling kerap farah buat, ayam masak merah atau mungkin ada yang panggil ayam sambal. Mana-mana pun boleh la. Sama je.

Farah bukan pandai masak. Awal-awal kena mengaku. Tapi farah suka masak. Sape tak suka tengok laki makan apa yang kita masak kan? Tengok pun dah kenyang. Tak payah makan tak pe (konon) haha. 

Dulu farah pernah tanya hubby kalau masakan ayam, apa yang dia paling suka. Jawapannya ayam masak merah. Kalau ikan pula ikan masak kicap.

Ha, senang kan? Takde lah cerewet sangat pun. Dulu hat tu lah farah dok masak. Hubby pulak jenis yang kalau dia suka, makan hat tu sebulan pun dia ok.

Sekarang tak boleh la macam tu kan? Sebab tu lah sekarang farah masak ikut buku sebagai panduan hehe. Tak payah pening-pening fikir menu nak masak apa. Pilih je yang mana ada.

Kali ni farah nak kongsi resepi ayam masak kicap. Resepi ni tak sama dengan yang farah selalu masak. Lain tak bermaksud tak elok. Cuma lain lah. Farah dulu main masak je. Bukan betul pun.


Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resepi ayam masak kicap ni.

Ayam Masak Kicap
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong 4)
1 pokok daun bawang
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak

Bahan-bahan B: Dihiris
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di hiris sehingga wangi.
Masukkan ayam dan goreng sekadar masak.
Masukkan air, kicap pekat, dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun bawang.
Gaulkan dan angkat.
Sedia dihidang.

KOMEN FARAH
Resepi senang dan sedap. Biasanya bila farah masak ayam masak kicap, farah akan goreng ayam terlebih dahulu. Resepi ni tak perlu goreng ayam dahulu. Kira lebih sihat dari resepi yang farah biasa buat kot hehe.

Farah tak pernnah letak sos tomato bila buat masak kicap. Tapi rupanya sedap juga bila kita letak sos tomato dalam masak kicap. Rasa berbeza dari biasa. 

Untuk tomato pula, farah lebih sukakan tomato lembik bila masak. Jadi farah masak tomato lebih lama.

Resepi ayam masak kicap ni farah rasa foolproof. Kalau korang tak pernah masak pun boleh buat. 

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign