6 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan
Dah tak ada idea nak masak sayur apa? Kangkung goreng belacan lah jawapannya cewaah. Hehe.

Kalau korang nak cepat, kalut nak masak sebab orang rumah dah lapar. Haa, cuba lah resepi ni. Kejap je dah siap. Memang cepat. Kos pun murah. Bahan yang digunakan tak banyak dan harganya berpatutan.

Kangkung adalah salah satu sayur kegemaran farah. Farah sangat suka sayur. Kalau makan nasi tak ada sayur, rasa tak lengkap. Kalau tak ada sayur, ulam pun farah suka. Semua jenis sayur pun ok kecuali sayur yang pahit atau pedas hehe. 

Ni kali pertama farah masak Kangkung Goreng Belacan. Di rumah biasanya farah cuma masak sayur campur atau sup sayur. Tak pandai sangat goreng sayur. Nak google resepi, tak tahu nak google ape sebab tak ada idea.

Nasib baik dalam buku yang farah beli  ni ada beberapa resepi sayur. Boleh la belajar pelbagai resepi yang berbeza. Takde lah sama je kan?

Jom Masak Kangkung Goreng Belacan!


Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm kangkung
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan-bahan B(ditumbuk):
2 biji cili merah
10 biji cili api 
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Kangkung potong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan kangkung dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Hidangkan dengan nasi putih.

KOMEN FARAH
Kangkung Goreng Belacan
Rasanya sedap. Farah suka belacan. Lagi kuat rasa belacan lagi best. 

Pedas yang amat. Farah dan hubby dua-dua tak makan pedas. Kangkung ni punya lah pedas haha. Tapi habis juga makan sebab sedap. 

Hasil yang farah masak nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Arahan masakan pun jelas, senang untuk di ikut.

Dah cuba Kangkung Goreng Belacan? Jom cuba masak resepi ni!

Selamat mencuba!





Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign