7 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Pajeri Nanas


Jujur farah nak mengaku. sebelum kahwin, farah tak tau pajeri nanas ni macam ni. Bukan tak pernah jumpa. Tapi bila nak ceritakan kat orang, farah panggil gulai nanas. Haha. 

Semua jenis masakan yang nampak macam gulai tu farah panggil gulai. Pajeri terung pun sama. "Gulai terung pekat". Punya lah jakun.

Sebelum ni farah ada beli nanas. Rancangnya nak masak nanas tumis air sebab farah memang suka. Jadi farah bahagikan separuh nanas untuk pajeri, separuh untuk nanas tumis.

Resepi nanas tumis air nanti farah kongsikan. Jom cuba resepi pajeri nanas hari ni!


Pajeri Nanas

Resepi asal

Bahan-bahan A:

1 biji nanas (dipotong kecil)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa) - farah guna 1 kotak kecil santan pekat
1 inci kulit kayu manis 
6 sudu makan rempah kari ikan (dibancuh dengan air)
4 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula merah
2 sudu makan kerisik - tak letak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (ditumbuk):

1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang ditumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang dibancuh dengan air. 
2. Masukkan kerisik dan nanas. Kacau supaya rempah tidak melekat di dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat, garam dan gula merah.
4. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.

KOMEN FARAH


Sedap dan senang. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan tak rumit. 

Resepi yang diberikan tak sama dengan gambar. Dalam resepi, bahan B ditumbuk. Tapi dalam gambar farah nampak macam dihiris je. Mana satu yang betul pun tak tahu.


Dah cuba masak Pajeri Nanas? Boleh cuba resepi ni pula!


Selamat Mencuba!









Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign