10 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Tumis Bayam

Resepi Tumis Bayam
Pagi semalam, farah bangun awal macam biasa. Punya lah semangat nak ke kerja. Barang-barang yang nak di bawa ke tempat kerja semua farah dah sediakan. Tinggal nak bertolak je. Sampai kat klinik, cari dompet sebab nak tengok ada duit ke tak. Dompet takde! Tertinggal lah pulak. Haha. Dah bawa kereta jauh-jauh, lesen takde. 

Fikir punya fikir nak balik kejap ke tak ambil lesen. Masa perasan dompet tak bawa tu jam dah dekat pukul 8 dah. Kalau nak balik rumah sat lagi lewat pula. Akhir sekali tak balik. Tawakkal je lah balik kerja nanti tak ada polis atau jpj.

Alhamdulillah selamat sampai rumah, tak ada roadblock. Legaaaa. Punya lah kita risau. 

Kat sini memang kerap ada roadblock. Jalan yang pi kerja tu selalu juga ada. Kalau tak melayang lah RM300 farah.

Balik je rumah terus cari dompet dalam beg lagi satu, letak siap-siap. Kalau tertinggal lagi tak tau la hehe.

Ok berbalik pada resepi kita harini. Hari ni farah nak kongsikan resepi sayur tumis bayam. Biasanya bila masak bayam, farah akan masak sayur air. Tak pernah goreng bayam, sebab tak terfikir. Bagus juga tukar angin sekali sekala kan? 

Korang semua dah pernah cuba? Jom cuba resepi Tumis Bayam hari ni!

TUMIS BAYAM
Resepi Tumis Bayam
Resepi asal
Bahan-bahan:
500gm bayam hijau
1 biji cili merah - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
100gram udang segar
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bayam diasingkan dari batang dan basuh. Kemudian tuskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, dan udang sehingga wangi.
3. Masukkan bayam, cili dan garam. Kemudian kacau rata. 
4. Apabila layu, tutup api dan hidangkan.

KOMEN FARAH
Resepi Tumis Bayam
Resepi ni salah satu favourite farah. Senang! Bahan tak banyak sangat untuk disediakan. Resepi senang nak ikut. Hasilnya pun sedap.

Kalau tengok dalam gambar, udang dibuang kulit. Tapi farah tak buang kulit sebab malas haha. Sama je rasanya. Terpulang pada masing-masing. 

Resepi ni boleh jadi resepi to go kalau nak cepat masak, tak ada idea nak masak sayur apa. Simple and delicious.

Dah cuba masak Tumis Bayam? Jom cuba resepi ni!

Selamat Mencuba! 





Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign