11 Apr 2017

Mata Rabun Selepas Cabut Gigi?


Mata rabun atau tak nampak lepas cabut gigi. Benda ni bukan lah benda yang baru farah dengar. Dah lama. Dah selalu. Dah lali.

Semalam farah buat rawatan sekolah. Selepas beberapa pelajar buat rawatan, masuk pelajar perempuan yang seterusnya. Pelajar yang ni ada 6 batang gigi kekal yang perlu cabutan. Termasuk lah 2 batang gigi kacip hadapan atas dan bawah. Yes, GIGI KEKAL. Budak baru belasan tahun, dah tak ada gigi.

Untuk pengetahuan semua, pelajar yang dibuat rawatan gigi hanyalah yang mendapat kebenaran bertulis dari ibu/bapa. Pelajar ni masuk dan cakap, " mak tak bagi cabut gigi depan, takut efek mata."

Bila dengar ayat efek mata tu dah lemah dah. Bukan mudah kita nak educate orang. Bukan senang nak bagi orang percaya yang cabutan gigi tidak akan menyebabkan masalah mata.

Memandangkan ibu pelajar yang tidak beri kebenaran (dalam surat bertulis dah beri kebenaran untuk cabutan),  farah cuma cakap sikit je dekat pelajar tu yang cabutan gigi tak akan menyebabkan masalah mata. Selepas tu suruh dia bawa ibu ke klinik untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut. 

Susah sebenarnya nak lawan mitos tradisional ni. Kadang-kadang memang rasa nak biar je. Ikut hangpa lah nak percaya apa. Tapi tak boleh. Bila fikir tanggungjawab kena sampaikan juga ilmu, educate lah juga. Terpulang pada individu tu sendiri nak terima ilmu kita atau tak.

Terfikir juga dari mana datangnya cerita mata rabun sebab cabut gigi. Ada research kah? Dalam 1000 orang yang cabut, berapa orang yang rabun selepas tu? Orang yang rabun tu ada cek power mata sebelum dengan selepas ke?

Macam-macam lagi soalan farah terfikir hihi. Apa-apa pun, farah harap korang tanya doktor gigi masing-masing kalau ada kemusykilan dalam hati. Jangan terus percaya apa orang cakap. 




Your tooth fairy,
FS
Baca Selanjutnya »

Testing The Cookbook || Resepi Nanas Tumis Air

Resepi Nanas Tumis Air

Sebelum ni farah ada kongsi resepi pajeri nanas. Resepi boleh tengok sini. Masa masak pajeri, farah cuba guna separuh nanas yang farah beli. Lagi separuh farah guna untuk masak nanas tumis air.

Resepi nanas tumis air hari ni dari buku masakan yang sama juga. Farah suka resepi ni. Senang untuk diikuti untuk orang yang tak pernah masak nanas tumis air. 

Ha, tips masak resepi ni. Jangan tinggal dapur masa tengah tunggu mendidih. Sat lagi hangit macam nanas farah haha. Nasib baik hangit sikit je.

Jom cuba resepi Nanas Tumis Air!

NANAS TUMIS AIR
Resepi Nanas Tumis Air
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 biji nanas saiz sederhana
1 batang lobak merah dihiris kecil
2 sudu makan gula
3 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang

Cara-cara:

1. Kupas kulit nanas dan buang mata nanas. Potong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
4. Apabila mendidih, masukkan nanas, lobak merah, cili merah dan cili hijau.
5. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriani.

KOMEN FARAH
Resepi Nanas Tumis Air
Sedap oh sedap! Farah suka nanas tumis air. Ni kali pertama farah cuba buat. Senang je rupanya. 

Hubby pun cakap sedap. Berbanding dengan pajeri nanas, kami berdua lebih suka nanas tumis air. 

Bagi hubby manis dah cukup, bagi farah kena tambah gula satu sudu lagi hehe. Jadi kalau korang jenis yang suka manis, tambah la gula sikit lagi. Ikut selera masing-masing.

Yang farah masak nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Jadi kira lulus la kot hihi.

Dah cuba Nanas Tumis Air? Jom masak!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign