12 Apr 2017

Resepi Cheesekut Paling Senang Dan Cepat

Dah lama sangat farah tak buat cheesekut. Dulu bila ada majlis, makan-makan atau potluck mesti farah akan buat cheesekut. 
Resepi Cheesekut
Baru-baru ni staf satu klinik ada ajak pi makan mee rebus di rumah dia. Jadi farah fikir nak bawa cheesekut untuk ke sana.

Mula lah google balik cari resepi yang farah guna dulu. Farah tak nak tukar resepi sebab takut nanti tak sedap atau terlebih manis. Resepi yang farah guna sebelum ni dah cukup sedap dan manis bagi farah.

Mudah je nak buat cheesekut ni. Kalau korang nak buat dalam bekas kecil-kecil pun boleh. Nak makan senang. Ataupun nak buat pencuci mulut untuk makan beradap pengantin hehe. Hias cantik-cantik mesti nampak eksklusif.

Banyak resepi cheesekut yang farah jumpa, akan ada tabur nestum atau milo di lapisan paling atas cheesekut. Farah tak pernah cuba. Sebab di rumah tak ada milo atau nestum. Kalau korang ada, boleh cuba tabur dilapisan paling atas. Atau pun boleh tabur di setiap lapisan, jadi ala-ala tiramisu hihi.

Farah rasa resepi cheesekut ni sangat senang. Kejap je dah siap. Tapi simpan dalam peti ais dulu bagi sejuk. Baru sedap makan sejuk-sejuk.

Jom buat Cheesekut senang!

CHEESEKUT
Resepi asal: Mamatisya
Resepi Cheesekut
Bahan-bahan:
1 pek biskut Hupseng Deluxe Cracker
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
4 sudu besar susu segar/ fresh milk
susu segar untuk celup biskut
milo atau nestum untuk tabur

Cara-cara:

1. Masukkan susu pekat, cream cheese dan susu segar ke dalam mixer. Mix sampai sebati. Farah malas nak guna mixer, guna blender je. Dah dari dulu guna blender buat cheesekut. Terpulang pada korang masing-masing.
2. Sediakan bekas yang sesuai. 
3. Ambil sedikit campuran cream cheese tadi, buat satu lapisan nipis di dalam bekas.
4. Ambil biskut hupseng, celup sebentar di dalam susu segar dam lapiskan di atas cream cheese sehingga siap satu lapisan.
5. Tambah lagi satu lapisan nipis cream cheese diatas lapisan biskut.
6. Ulang sehingga campuran creamcheese yang tinggal cukup untuk menutupi permukaan paling atas.
7. Tuang lebihan cream cheese di lapisan paling atas.
8. Tabur topping yang korang suka.
9. Simpan dalam peti ais semalaman.
10. Potong kecil-kecil untuk makan.

Ha, senang je kan? 
Resepi Cheesekut
Untuk biskut tu, lebih baik jangan guna biskut jenis lain takut tak masuk rasanya dan tak sedap. Biasanya farah buat, tak habis pun pakai biskut satu paket. Akan ada tinggal sikit. 

Sukatan susu pekat dah cukup manis dengan farah. Kalau korang suka lagi manis, boleh tambah lebih lagi. 
Resepi Cheesekut
Farah pernah guna susu segar perisa strawberi sebab yang tak ada perisa tak ada. Rasanya tak banyak beza. Tak rasa sangat strawberi. Perisa coklat tak pernah lagi cuba hehe.

Cream cheese korang boleh pakai jenama apa-apa yang korang selesa. Ada yang suka philadelphia, ada yang suka tatura. Farah dah biasa pakai tatura.

Bila celup biskut, jangan rendam. Celup sahaja. Cukup untuk basahkan biskut dengan susu. Kalau korang rendam atau biarkan lama dalam susu, nanti biskut lembik, tak dapat nak melapis. 
Resepi Cheesekut
Dah cuba Cheesekut? Jom buat sama-sama!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign