14 Apr 2017

Fast and Furious 8 2017

Tadi farah dan hubby plan nak pi tengok fast and furious 8. Kami dah lama tak tengok wayang sejak ada baby. Rasanya last sekali tengok masa star wars kot. 

Kami baru plan pagi tadi untuk tengok wayang. Dulu bila nak tengok wayang, kami akan beli tiket awal sehari. Sebab kalau cerita yang hot, memang tiket habis. Kali ni kali tak beli tiket siap2, pi sana baru nak beli tiket. 

Sampai di sana, terkejut! Mak aih penuh kaunter tiket. Sampai giliran kami, tiket dah habis untuk masa yang kami nak tengok. Redho je lah balik rumah. Dah lah dah beli popcorn haha. 

Nampaknya tak ada rezeki nak tengok fast and furious 8.
Baca Selanjutnya »

Resepi Bendi Goreng Telur

Bendi goreng telur adalah salah satu sayur yang farah suka. Teringat masa duduk di asrama dulu ada lauk gulai yang ada bendi. Masa tu farah tak suka bendi. Bila jumpa dalam gulai, farah akan beri kepada kawan farah. 
Resepi Bendi Goreng Telur
Sampai lah satu hari, farah tanya dia, "sedap ke bendi tu?". Kawan farah jawab, "Dah cuba ke belum?". Haa, sebenarnya farah tak pernah cuba. Otak je kata tak sedap, padahal belum pernah cuba. 

Selepas hari tu farah cuba makan bendi. Mula-mula terkejut juga sebab bendi berlendir. Biasanya makanan basi lah yang berlendir haha. Awal-awal tak boleh terima. Tapi bila lama-lama terjatuh cinta. Betul lah orang kata tak kenal maka tak cinta.

Kebetulan hubby pun suka sayur bendi. Hubby selalu minta buat bendi goreng telur. Bendi goreng telur pun farah baru kenal selepas kahwin hihi. Sebelum ni cuma makan bendi dalam gulai atau kari je. 

Bila beli bendi, farah lebih suka beli yang muda dan bersaiz sederhana. Kalau yang besar dan tua biasanya lebih keras. Kena masak lama dan tak kena selera farah. 

Yang sedapnya bila masak bendi goreng, boleh ratah macam tu je. Ingat lagi masa mengandung dulu, farah masak bendi tiap-tiap hari waktu dah dekat nak bersalin. Ada tips yang mengatakan baik untuk makan makanan yang berlendir macam bendi supaya mudah untuk bersalin nanti. Wallahu a'lam.

Kalau korang diet dan tak boleh makan nasi, boleh juga masak bendi goreng telur untuk makan. Memang sedap. Masak dalam kuantiti yang banyak, boleh kenyang.

Ok, dah sedia? Jom Masak resepi Bendi Goreng Telur!

BENDI GORENG TELUR
Resepi asal: Azie Kitchen

Bahan-bahan A:
15 batang bendi - dipotong serong nipis
2 biji telur dipukul - farah guna 1 je
garam secukup rasa
perasa

Bahan-bahan B (Dikisar)
3 cili merah -di buang biji
2 bawang merah
1 bawang putih

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi dan kacau rata.
3. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Masak bendi hingga separuh masak. Kemudian masukkan telur.
5. Tunggu telur masak sedikit barulah dikacau.
6. Masak hingga sedikit kering.
7. Sedia di hidang.
Resepi Bendi Goreng Telur
Senang je masak bendi goreng telur ni. Dah pernah masak sekali, lepas tu tak perlu tengok resepi dah. hehe. 

Jom cuba resepi Bendi Goreng Telur!

Selamat mencuba!




Baca Selanjutnya »

8 Tips Penjagaan Gigi Yang Anda Wajib Tahu

8 Tips Penjagaan Gigi Yang Anda Wajib Tahu
Tips penjagaan gigi.
1. Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Yang wajib mesti lah pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur. Kalau kat tempat kerja, atau diluar boleh berkumur sahaja selepas makan. Atau kalau bawa berus gigi waktu keluar, boleh lah gosok gigi sekali. Ada yang lagi bagus, gosok gigi setiap kali sebelum solat.

2. Gosok gigi dengan cara yang betul

Ha, yang ni penting. Gosok gigi 10 kali sehari pun kalau cara salah memang plak/tahi gigi tak hilang. Kalau salah gosok pun nanti gigi boleh haus dan menyebabkan gigi sensitif. 

3. Menukar berus gigi setiap 3 bulan

Berus gigi mesti lah ditukar setiap 3 bulan. Jangan lah tunggu berus kembang bak bunga mekar pagi baru nak tukar. Tak efektif lah gosok gigi kalau berus dah kembang. Kalau selepas 3 bulan berus tak kembang pun seeloknya ditukar. Sebab dalam tempoh 3 bulan, berus gigi kita dah mengalami sedikit perubahan dek keganasan ditenyeh untuk gosok gigi.

4. Gunakan flos setiap kali gosok gigi

Ada lagi ke yang tak kenal flos? Flos ni bahasa senang dia benang gigi. Kenapa kena pakai flos, boleh tak pakai benang jahit baju? TAK SAMA. Flos ni dah di saluti, di liputi dengan lilin untuk memudahkan kita selit flos masuk di celah gigi tanpa menggunakan tekanan yang banyak. 

"Tak mau lah pakai flos. Bila guna je gusi saya berdarah." 

Flos tak akan menyebabkan gusi korang berdarah. Gusi yang berdarah cuma gusi yang tak sihat. Gusi yang sihat tak akan berdarah kalau pakai flos dan gosok gigi. 

5. Menggunakan ubat gigi berflorida

Isu ubat gigi berflorida ni malas nak kupas, malas nak komen. Nak senang faham. Ubat gigi berflorida perlu untuk membantu menghantikan proses karies gigi.

6. Menggunakan ubat kumur dengan cara yang betul

Ada banyak jenama ubat kumur di pasaran. Ada yang mengandungi beberapa peratus alkohol, dan ada yang tidak mengandungi alkohol. Terpulang pada masing-masing nak guna yang mana.

Cara penggunaannya adalah selepas gosok gigi dan flos supaya penyerapan lebih optimum. Kalau korang tengok pada dalam penutup botol ubat kumur, biasanya ada satu garis harus. Garis tu adalah penanda berapa banyak yang korang perlu guna. Yang penting jangan campur dengan air dan jangan berkumur dengan air selepas menggunakan ubat kumur. 

7. Membuat pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

2 kali setahun bermaksud setiap 6 bulan. Pemeriksaan berkala penting untuk mengesan masalah gigi dan mulut dengan lebih awal.

8. Kurangkan makanan yang mengandungi gula

Ha, ni takkan lah tak tahu kan? Kalau nak makan gula-gula, makanan ringan, coklat dan sebagainya, cuba makan pada waktu makan. Makan pagi, tengahari atau malam. Supaya waktu gigi kita terdedah kepada asid dapat dikurangkan.



Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign