19 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Masak Sambal Kicap

Ayam Masak Sambal Kicap
Sehari dua ni tertekan dengan suasana di tempat kerja. Ada saja yang tak kena. Farah bukan lah orang yang boleh menguruskan tekanan dengan baik. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi sebab fikir banyak sangat.

Bila tertekan, kualiti kerja pun berkurang. Nak kerja pun tak best. Tengok itu tak kena, tengok ini tak kena. Akhir sekali, solat sunat untuk tenangkan hati. 

Ok lah, tak mau membebel panjang-panjang. Jom buat Ayam Masak Sambal Kicap!

AYAM MASAK SAMBAL KICAP
Ayam Masak Sambal Kicap
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
1/2 cawan minyak masak
Garam (sekiranya perlu)

Bahan-bahan B (dikisar):
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit dan di potong kecil. Kemudian basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak. 
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan bawang besar yang dipotong gelang.
5. Masakkan sehingga pecah minyak.
6. Sedia dihidangkan.

KOMEN FARAH 
Ayam Masak Sambal Kicap
Ayam masak sambal kicap farah dan dalam buku tak sama. Farah punya lebih hitam dan dalam buku lebih merah. 

Rasa sangat sedap. Hubby cakap dia suka resepi ni. Jadi lepas ni kena buat lagi hehe. 

Ada daun limau purut, menambah lagi rasa dalam resepi kali ni. Biasanya farah tak letak daun limau purut. Sedap juga bila letak.

Korang dah cuba Ayam Masak Sambal Kicap? Jom masak!

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign