25 Apr 2017

Medina Mengamuk Tak Nak Balik Rumah

Memandangkan semalam cuti umum, hubby ajak kami ke pantai. Duduk di Langkawi ni orang kata senang nak ke pantai. Dekat je. Sekeliling ada pantai. Betul juga apa orang kata tu. Tapi bagi farah, tak semua pantai boleh bawa kanak-kanak. Ada beberapa pantai kat sini yang terkenal dengan bahaya dan tak digalakkan mandi.
Siap bawak senduk nasi.

Farah sendiri pun selalu dengar kes lemas kat sini. Korang jangan ingat tak ada kes. Adaaa. Jadi kalau korang plan nak mandi manda kat Langkawi, survey dulu tempat tu selamat atau tak.

Ok berbalik pada cerita farah. Farah ada juga terbaca yang main pasir ni bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak kenal tekstur yang berlainan. Bagi tangan dia rasa, bagi kaki dia rasa (dalam kes medina, mulut dia rasa sekali). Sebab ni lah kami nak bawa medina bermain di pantai.

Perjalanan nak ke Pantai Kok dari rumah kami mengambil masa 10-15 minit. Tapi farah rasa sangat lama sebab jalan simpang siur. Pening kepala oii.  Pantai Kok sekarang cuma ada setengah kawasan yang dibuka untuk orang awam. Jalan masuk pun sempit. Hari tu kami pi tapi tak jumpa jalan masuk. Ada orang kata pantai dah tak dibuka untuk orang awam lepas ni. Betul atau tak, farah pun tak tahu.
 
Disebabkan plan tiba-tiba, memang tak bawa makanan langsung. Kami cuma pi untuk main je.  Sampai kat sana, baru perasan tak bawa tikar. Haha. Padahal tikar piknik ada 2 kat rumah. Hentam sajalah duduk atas pasir.
Awal-awal turun kereta, medina tengok je sekeliling. Cek kawasan dulu kot. Hehe. Lepas tu kami bawa dia main pasir. Seronok betul tengok dia kepal-kepal pasir.
Air kat sini ada benda macam hampas. Hitam-hitam. Jadi air tak nampak bersih sangat. Cukup bersih untuk main, tapi tak ada lah bersih macam swimming pool hehe.
Lepas dah main lama, kami nak balik. Masa ni lah medina mula mengamuk. Jerit-jerit tak mau bangun haha. Dah agak dah. Dalam kereta pun bebel-bebel lagi. Medina ni sebenarnya suka main air. Kalau dia tengah bad mood kami mandikan dia, lepas tu mesti mood dia ok.  Mandi tak payah paksa, dengan rela hati masuk bilik air.

Rasanya lepas ni kalau Pantai Kok dah tak boleh masuk, kena pi pantai yang jauh dengan rumah lah jawabnya.

Kepal-kepal.

"Umi tak nak main pasir sekali ke?"

Air nak datang, ready!

Air sampai!

Tangkap!

Tangkap air lagi

Tu nampak ada hampas hitam?

Umi buka saje dok jauh. Nak hadang cahaya matahari lah. 

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign