26 Apr 2017

Resepi Nasi Goreng Planta

Teringat waktu muda mudi. Waktu masih lagi bergelar seorang pelajar hehe. Dulu farah dan hubby belajar sekali di universiti. Sama course sama batch. Farah kawan rapat dengan hubby dari Tahun 1 hinggalah tahun akhir pengajian kami.
Resepi Nasi Goreng Planta
Dari Tahun 1 lagi, farah memang lebih suka study di perpustakaan. Kalau nak kira, jarak perpustakaan ke desasiswa farah jauh. Tapi gigih jugak pi sana nak study. Sebab bagi farah, tempat yang ada katil adalah tak sesuai untuk study. Tak boleh fokus. Ada je mai bisik suh lena nanti hehe. Tapi ni pendapat farah lah. Kalau korang memang boleh study atas katil, bagus lah. Farah tak boleh.

Bila dah masuk tahun 4 dan tahun akhir, dah masuk klinikal masa makin suntuk. Waktu nak study pun kena pandai-pandai cari masa. Jadi, farah tak keluar makan malam sebab nak jimat masa. Tapi bila tak makan, lapar pulak. Nak study tak boleh fokus. Ha, nampak tak masalah dia hehe.

Masa ni lah hubby mula masak untuk farah. Ala, korang dok asrama mesti semua bawak rice cooker kan? Masak dalam tu je. Hubby akan bawa nasi goreng yang dia masak ni, dan kami makan sama-sama sebelum masuk perpustakaan. Bagiuh betul laki ai hihi.

Nasi yang hubby masak ni simple je. Nasi, planta, sosej, perencah nasi goreng ayam. Tapi cukup sedap. Sampai sekarang pun kadang-kadang kami berdua mengidam nasi goreng ni.
Resepi Nasi Goreng Planta
Farah ada juga masakkan nasi goreng ni untuk hubby bawa bekal kerja kadang-kadang. Sebab resepi nasi goreng ni memang senang. Pakai perencah je hehe.

Resepi ni sesuai untuk korang yang nak masak cepat, ekspres, simple. Cuba lah hehe.

NASI GORENG PLANTA

Bahan-bahan:
Nasi untuk seorang makan
1 batang sosej - dipotong dadu
1 biji telur
1 paket kecil perencah nasi goreng ayam Seri Aji
1 batang cili merah - dihiris nipis
1 sudu besar planta

Cara-cara:
1. Panaskan planta hingga cair. Guna api sederhana.
2. Masukkan sosej dan cili merah yang dah siap potong. Kacau sehingga masak.
3. Pecahkan telur. Biarkan sedikit masak sebelum dikacau hancur.
4. Masukkan nasi. Kacau rata.
5. Masukkan perencah nasi goreng. Kacau rata.
6. Angkat dan boleh di hidang.

Resepi Nasi Goreng Planta
Masa belajar dulu hubby cuma letak sosej je dalam nasi. Sekarang je farah tambah telur dan cili merah. Kadang-kadang kacang panjang kalau ada. Korang boleh tambah apa-apa je yang korang nak.

Perencah tu pulak ikut korang la nak pakai brand apa. Farah memang suka Seri Aji perisa ayam hehe.

Selamat mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign