14 May 2017

Jangan Nakal, Nanti Doctor Cucuk!

Jangan nakal, nanti doctor cucuk! || Ada tak yang bawa anak cek gigi sekurang-kurangnya setiap 6 bulan? Sejujurnya susah nak jumpa. Kita yang dewasa ni pun mengelat. Kadang-kadang setahun pun tak melawat doctor gigi kan?

Farah sendiri yang kerja dalam bidang ni sekalipun susah nak buat rawatan gigi. Nak cek dekat klinik sendiri pun kena tunggu pesakit takde. Bila masa takde pesakit? Lambat ooii. Kadang-kadang cancel plan nak cek gigi.

Mungkin ada yang belum tahu doktor gigi bukan tampal gigi, cabut gigi dan buat gigi palsu je. Kami pun akan buat saringan pergigian untuk ibu mengandung dan kanak-kanak. Kadang-kadang saringan di buat di klinik kesihatan atau di klinik desa.

Bila cek gigi kanak-kanak, farah selalu perasan satu trend yang parents suka cakap,

“ Jangan bising nanti nurse cucuk”

“ Jangan lari-lari nanti misi cabut gigi.“

“ Jangan main, misi ada jarum besar nanti cucuk adik.”

Kadang-kadang rasa nak marah bila orang cakap depan-depan macam tu. Tapi nasib baik ai kool je. Hehe. Ada lagi ayat-ayat yang dua kali lima dengan tu.  Orang yang cakap tu tak cek gigi pun padahal. Bystander je. Tapi cakap macam tu sebab nak suruh anak behave.

PLEASE STOP.

Kenapa budak-budak takut sangat jumpa doctor gigi? Meraung, meronta, menggelupur. Tak nak buka mulut. Tak nak baring atas kerusi. Padahal doctor/ nurse cuma nak cek. Belum tentu lagi perlu buat rawatan.  

Inilah sebabnya.

Ibu bapa, makcik pakcik, adik kakak, tok nenek, dari kecil dok menakut-nakutkan budak dengan mengaitkan betapa sakitnya jumpa doctor gigi. Dari kecil dok dengar, “kalau nakal nanti kena cabut gigi”.

Mestilah budak tu faham cabut gigi tu bukanlah benda yang meyeronokkan.  Otak dah set kalau pi klinik nanti kena cucuk, kena cabut gigi. Macam mana budak nak bagi kerjasama?

SALAH SIAPA?

Fikir lah sendiri. Tukarlah budaya ugut anak. Apa kata tukar ayat jadi positif sikit.

“Kalau baby good girl, tak lari sana sini nanti umi masak makanan favourite”

“Kalau baby simpan mainan elok-elok, umi bawa jalan-jalan”


Kan lebih sedap bunyinya. Janganlah jadikan kami sebagai gateaway. Kami tak bersalah.
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign