25 May 2017

Resepi Roti Golok




Resepi Roti Golok || Baru-baru ni viral sungguh roti golok. Mula-mula farah dengar nama dia ingat apa dia lah. Tak pernah pun dengar. Tapi tengok di facebook banyak betul kawan-kawan kongsi resepi roti golok ni.

Farah suka makan roti. Tapi bab meroti ni farah angkat bendera merah awal-awal haha. Nak kena beli bread maker la sebijik.

Teringin jugak lah nak merasa roti ni. Dulu masa teringin nak makan pau cendawan, gigih juga lah buat pau walupun tak reti. Rasa macam lepas bulan puasa nanti nak cuba buat roti golok. Ni tepek dulu resepi takut hilang hehe. 


ROTI GOLOK 
Resepi dan gambar asal: Zaimah Zakaria


Roti golok
Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B:
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata)

Cara-cara:

1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang dan pintal-pintal (ikut citarasa masing-masing).
3. Susun dlm loyang. Jarak-jarakkan
4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda. Sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing. Api atas bawah sampai masak.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter atau marjerin. Last tabur gula kastor atau gula halus.


Kalau nak tunggu lepas raya baru nak buat macam lambat je. Nak kena rajinkan diri buat roti golok ni bulan puasa lah hehe. 
Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign