13 Dec 2017

Resepi Ayam Percik Merah

Resepi Ayam Percik Merah || Dua hari lepas farah ada cerita yang farah bawa bekal ayam percik kan? Ha, hari ini nak kongsi resepi ayam percik merah hehehe.
Resepi Ayam Percik Merah
Resepi Ayam Percik Merah
Ayam percik ada dua versi setahu farah. Putih dah merah. Farah lebih gemarkan versi putih. Tapi takut hubby tak suka pula kalau tak ada warna. Risau dia tak makan nanti. 

Ada juga farah tanya hubby, makan tak percik putih? Dia kata “kalau sedap dia makan”. Haha. Jawapan bahaya betul. Mana lah kita tau kita masak sedap ke tak. Baik masak je percik merah. 

Jom masak ayam percik merah!

AYAM PERCIK MERAH 


Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam

Bahan-bahan Kuah:
1 cawan santan cair*
4 batang serai*
halia sebesar ibu jari*
lengkuas sebesar ibu jari*
20 tangkai cili kering*
1 cawan air*
5 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 asam keping
100ml santan

Cara-cara perapan:

1. Tumbuk semua bahan perapan yang bertanda *. Tambah sedikit garam.

2. Kelarkan ayam supaya bahan perapan dapat menyerap lebih baik. Lumurkan bahan perapan tadi. Perap 1 jam. Kalau nak lebih sedap boleh perap lebih lama.

Cara-cara Kuah:

1. Ambil semua bahan kuah yang bertanda * dan kisarkan. 

2. Masak bahan yang telah dikisar di dalam periuk. Tambah asam keping, gula, dan garam. 

3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam separuh masak.

4. Keluarkan ayam, perap dengan kuah 1 jam.

5. Tambah santan di dalam lebihan kuah tadi. 

6. Bakar ayam yang diperap dengan kuah tadi sehingga masak. 

7. Hidangkan bersama kuah percik tadi.

Siap!
Resepi Ayam Percik Merah
Resepi Ayam Percik Merah

Farah bawa untuk bekal tengahari. Sedap!! Sampai tak cukup seketul ayam hehe. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign