2 Jan 2018

Resepi Petola Masak Lemak Putih

Resepi Petola Masak Lemak Putih || Assalamualaikum semua. Ha, resepi pertama untuk 2018 hehe. Petola masak lemak putih. Ada ke petola masak lemak tak putih? Haha. Farah tak pernah jumpa lagi yang kuning. Kalau ada sila kongsi resepi di ruang komen ya hehe. 
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Farah buat petola masak lemak putih ini waktu petola tak habis tempoh hari. Tak tahu nak masak apa, senang-senang buat masak lemak saja. Buat pun tak lah banyak sangat sebab nak habiskan petola. Cukup untuk sekali makan berdua. 

Sebelum ini farah pernah tanya hubby, dia lebih suka kan petola masak lemak atau petola masak tumis air. Hubby kata mana-mana pun tak apa, sama je. Tapi farah perasan bila hubby makan masak lemak, hubby makan lebih banyak berbanding tumis air. Waktu makan dia cakap,

“sedappp..sedappp”

Ha tudia hehe. Sedap masak lemak la kot. Sejujurnya farah pun lebih suka masak lemak. Bila makan farah suka letak kuah masak lemak banyak lepas tu tambah kicap sikit. Fuuuh, mengancam. Makan memang tak kira berapa pinggan menambah hehe. Tapi tu lah masalahnya, berselera sangat pula makan kalau sedap haha. Ada santan pula tu. Ish ish ish.  

Sekali sekala makan tu tak apa lah kan. Jangan tiap-tiap hari makan makanan bersantan. Sendiri kena beringat. 

Ok tunggu apa lagi, mengomel panjang pulak. Jom buat petola masak lemak putih!

PETOLA MASAK LEMAK PUTIH

Resepi asal: resepisedap-nennie

Bahan-bahan:
2 biji petola - potong bulat
2 paket campuran suhun/fucuk - rendam dalam air supaya lembut. farah tak letak sebab takde.
1 genggam ikan bilis - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 kotak santan 
Garam secukup rasa 
Sedikit air

Cara-cara:

1. Masukkan santan, bahan yang ditumbuk dan air kedalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.

2. Kacau sentiasa hingga santan masak. 

3. Masukkan petola. Masak hingga petola masak. 

4. Masukkan suhun/fucuk. Kacau. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih


Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign