3 Jan 2018

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur || Sayur bendi adalah sayur yang farah tak pernah makan waktu kecil. Biasa lah budak-budak kan. Sayur hijau je memang tak suka hehe. Farah mula makan bendi waktu tinggal di asrama dulu. 
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Kat asrama selalu ada masakan gulai ikan kan? gulai ke? Hmmm. Rasa macam lebih kepada asam pedas haha. Ntah lah. Lupa pula. Tapi dalam gulai tu ada ikan dengan bendi sekali.

Tiap kali makan farah tengok kawan farah makan bendi tu. Lepas tu mesti dia minta bendi farah sebab farah tak makan. Farah tak pernah cuba sebab bendi kan berlendir, lepas tu ada biji-biji kat dalam. Geliii haha.

Sampai lah satu hari tu farah tanya kawan farah, sedap sangat ke bendi ini. Dia tanya balik, “dah pernah cuba ke belum?”. Ha, tudia. memang tak pernah cuba. Dah tak cuba, mana layak nak mengutuk hehe. Lepas pada tu baru lah farah cuba. 

Ingatkan pahit. Rupanya tak. Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Lepas tu jatuh cinta dengan bendi hihi. Sedap rupanya bendi ini. Berlendir, berbiji, takde masalah pun. 

Waktu mengandung medina dulu farah ratah bendi tiap-tiap hari masa dah dekat dengan tarikh bersalin. Sebab orang kata bagus untuk melancarkan proses bersalin haha. Kalau fikir macam mengarut je kan? Tapi apa salahnya makan sayur? Sambil menyelam minum ayaq gitu. 

Hubby pun suka bendi ini. Bila ada bendi kat rumah mesti dia suruh buat sayur bendi goreng. Jadi lah bendi goreng kita hari ini. 

Jom buat sayur bendi goreng telur!

SAYUR BENDI GORENG TELUR


Bahan-bahan:
sayur bendi - ikutlah nak banyak mana. Basuh, kemudian potong pendek serong.
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 biji telur 
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. 

2. Masukkan bendi yang telah dipotong. Kacau rata. 

3. Masukkan sedikit air, kecilkan api dan tutup kuali. Biar sebentar supaya bendi masak sekata. 

4. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau sebati dengan semua bendi. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur
Resepi Sayur Bendi Goreng Telur


Selamat Mencuba!

Baca Sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign