30 Sep 2018

Minggu Murah Rezeki

Minggu Murah Rezeki || Minggu ni rasa murah rezeki betul. Ramai orang belanja hehe. Tapi dengan kata lain, minggu diet hancur (konon lah diet kan). 

Mula dengan hari isnin, Chris belanja semua pegawai klinik hubby. Jadi farah pun ikut sekali. Sibuk je kan hehe. Waktu tu chris belanja lepas waktu kerja. Pukul 6. Dah malas nak masak, ikut lah sekali hehe. Kami makan di gerai dekat dengan airport Langkawi je. Kalau tak silap nama kedai tu Halim Gulai Panas. 


Kami yang dah lama dok Langkawi pun tak pernah pi lagi. Depa yang baru ni pi dulu haha. Kedai ni nampak biasa je. Tapi sedap jugak gulai dia. Harga? Yang tu farah tak tau sebab orang belanja hehe. 

Macam-macam jenis lauk ada. Kita boleh pilih dulu bahan mentah. Lepas pilih, tukang masak masak bahan yang kita pilih. Ni depa la kata. Farah sampai lewat masa tu, jadi tak nampak pilih macam mana. 

Lauk lain pun ada boleh order. Kami ada order sotong celup tepung, ayam goreng kunyit, telur dadar. Bukan gulai panas je ade. 

Hari rabu pulak, ada jamuan makan malam yang klinik gigi kuah buat. Yang ni sempena perpisahan hubby yang berpindah ke klinik lain. Pindah dah sebulan dah sebenarnya haha. Tapi majlis baru buat. 

Yang ni makan di kuah. Kedai Singgah Seafood. Kami dah pernah dah makan di kedai ni. Memang sedap. Waktu kami pi dulu, medina baby lagi. Ingat lagi masa tu medina nangis sebab mengantuk, kami tak siap makan lagi. Akak kat kedai tu (tak tau lah tuan kedai ke pekerja) pun mai nak ambil medina nak dodoi. Farah tak selesa sebenarnya orang tak kenal pegang baby. Nak cakap tak boleh pegang kang kecik hati pulak. 

Tapi ntah macam mana berebut, dapat kat dia jugak haha. Mujur lepas tu medina nangis kuat dia tak boleh pujuk (medina tak suka orang dia tak kenal). Dapat lah kami ambil semula. 

Lepas tu kami dah tak pi kedai tu. Semata-mata tak nak orang pegang baby. Bukan sebab masakan tak sedap hehe. Masakan dia sedap. Kami ni paranoid sikit. 

Malam tu kami tak bawa medina dengan hani ikut. Sebab hubby yang diraikan. Takut ganggu pulak. Mujur lah makan tak lama sangat. Kami balik pun tak lewat mana. 

Kat sini kebanyakan lauk semua farah suka. Harga dia standard harga je. Tak mahal tak murah. Kalau tak ada idea nak order apa, boleh tanya orang yang ambil order tu, nanti dia cadangkan yang selalu orang order. 

Hari khamis afiqah belanja semua satu klinik makan dekat pantai Tanjung Rhu. Ni kes dapat gaji pertama ni hehe. Dapat pulak dua bulan gaji. bising lah orang lain dok suruh dia belanja. Kami dah biasa mai kedai ni dulu. Tapi dah lama dah farah tak pi. sekarang pi kerja asyik bawa bekal je. 

Nak pi hari tu kami tempah siap-siap makanan. Sebab kalau pi baru order nanti lambat pula balik klinik. Rehat sejam je. Nanti tak enjoy lah makan kalut-kalut. 


Hari jumaat pula keluar makan dengan nik dan yana. Alang-alang yana mai Langkawi, dia ajak keluar. Kami makan di Restoran Uncle Jai. 

Restoran Uncle Jai ni baru je tukar tempat baru. Sekarang terletak di sebelah Hotel Grand Continental. Dah tukar tempat baru, menu pun ada perubahan sikit. 

Farah dok mengidam sayur campur yang ada soft tofu. Dulu selalu order sayur tu pastu ratah. Tengok-tengok menu baru dah takde. Ade sayur campur biasa je. Sedih betul. Mujur Chicken grill ada lagi. Kalau tak, kempunan lah. Dari petang dok fikir nak makan ape haha. 

Harga kat sini bagi farah harga macam cafe. Belas-belas untuk satu menu. Ada juga yang murah. Contoh macam moi@bubur nasi @nasi air. Ada set atau yang bukan set. Farah selalu order moi ayam untuk medina. Kalau tak silap RM5 je. 

Alhamdulillah minggu ni kenyang perut senang hati hehe. 




Baca Selanjutnya »

20 Sep 2018

Tepung Kek Coklat Moist Tak Menjadi??

Tepung Kek Coklat Moist Tak Menjadi || Beberapa hari lepas farah teringin sangat nak makan kek coklat moist. So farah ada lah cakap kat hubby yang farah dok teringat kek coklat yang kami selalu buat kat rumah. Kek coklat tu pakai tepung kek instant. 

Hujung minggu lepas, kami dengan medina hani pi kedai sebab farah cari daging kambing. Waktu sampai kat kedai tu hujan lebat, jadi farah dengan hani tak turun kereta. Hubby pi dengan medina je. Tiba-tiba hubby mesej. Dia whatsapp gambar tepung kek. 

“Ni kan tepung kek yang selalu guna tu?”

Bukannnnnnnn. 

Haha. Rupa kertas tepung kek tu tak sama langsung. Macam mana lah dia kata sama. Farah bagitau hubby bukan tepung yang sama. Tapi balik je rumah, tengok dalam plastik ade juga dia tepung kek tu. Hubby beli. 

Alang-alang dah ade, buat je lah kan. Kalau kena selera lain kali boleh beli lagi hehe. 

Jadi malam tadi farah pun buat lah kek coklat moist guna tepung kek tu. 

Mula-mula tengok resepi tu rasa agak janggal. Sebab ade guna air sejuk haha. Tips buat kek instant or apa-apa je yang dalam kotak, tin, plastik ni, kalau tak tahu ikut je arahan 100%. Macam farah ni bukan lah pandai memasak atau buat kek ni. Sebab tu lah farah suka ikut resepi betul-betul. Lagi satu, kek instant ni versi bakar. Memang agak takut dengan kek bakar hehe. 

Hand mixer farah pulak rosak. Ada hand mixer mini je. Nk guna mangkuk mixer tu tak lepas sebab dalam. Haha sadis betul. 

Masa bakar kek tu berdebar-debar menunggu sebab takut tak masak haha. Farah  tak pandai kek bakar. Kalau kek kukus ni berani lah sikit. Tapi alhamdulillah kek masak sepenuhnya. Wohoooo!

Farah cuba rasa kek tanpa topping dulu. Hubby kata sedap. Bau pun macam kek dia kata. Nak sedapkan hati kot haha. Bagi farah memang lah bau macam kek. Tapi bau kek coklat tu tak cukup kuat. Dan farah rasa ada bau pelik haha. Rasa dia pulak tak berapa coklat. Rasa kek je. Dan tak moist. Huu. 



Topping?

Yang ni lagi sedih. Topping tak manis langsung. Kalau cuba rasa topping je, memang rasa pahit macam dark coklat. Mungkin resepi kek ni memang untuk dark coklat kut. Ntah la. Sedih jugak la. 

Lepas ni kena cari jugak tepung kek tu. Kalau tak jumpa, buat je resepi google hehe. Serikkk. 


Baca Selanjutnya »

18 Sep 2018

Resepi Cucur Manis

Resepi Cucur Manis || Assalamualaikum semua hehe. Bajet- bajet ramai lah follow blog kita ni haha. Lama sangat dah tak update blog sejak bersalin. Eh tak, sebenarnya slow update masa hujung- hujung mengandung hani hari tu. Bila masuk 8 bulan tu dah penat 24 jam, nak tidur 24 jam, sakit kaki 24 jam haha. 

Sekarang hani dah nak masuk 6 bulan Alhamdulillah. Dah besar dah hehe. Seminggu dua lagi nak mula makan dah. Umi yang excited bila baby nak makan haha. Kesian tau tengok baby telan air liur masa kita makan. Nak makan depan dia pun kesian. Ada tak mak-mak lain macam ni? Sep sikit!

Rasanya dalam sebulan ni farah baru dapat mula masak betul-betul semula. Sebelum ni nak sesuaikan diri dengan status baru ‘mak anak dua’ hehe. Pening juga nak cari masa bila nak masak. Yelah balik kerja pukul 5. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Kemas susu, basuh pam, keluarkan barang nak masak dan lain-lain tengok-tengok dah pukul 6. Tiba-tiba hubby sampai dari ambil anak-anak. Berperang pulak dengan medina hani. Makan malam bila nak masak? Ha gitu lah awal-awal haritu. 

cucur manis



Hani pulak kecik lagi. Tak boleh tinggal dengan medina  takut kena penyek hehe. Walaupun medina baik dengan adik dia, masih tak boleh kan. Haa, lagi satu hani kan menyusu badan. Baby menyusu badan ni asyik nak berkepit je dengan mak dia. Hehe. 

Eh panjang pulak pembuka cerita. Sebenarnya nak kongsi resepi cucur manis. 

Beberapa hari lepas tiba-tiba teringin nak buat cucur. Farah fail sikit bab cucur ni. Cucur bodo pun  tak jadi biasanya. Haha. Tengok ada resepi cucur kembung. Teringin nak buat sebab nampak comel je bulat-bulat. 

Tapi waktu nak buat cucur tu tak sempat pulak nak menggentel. Jadi farah guna sudu je untuk goreng cucur. Bentuk dia masih lagi kembung walaupun tak bulat cantik. Rasa pun sedap. Hubby suka, sampai suruh ajar dia buat sebab di nak buat sendiri nanti. Yeke nak buat sendiri haha. 

Ok lah ni resepi dia. Selamat mencuba!

CUCUR MANIS 
resepi asal: fb yati rahim

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam. Kacau. 
2. Tambah air panas. Kacau sebati. 
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, guna api perlahan untuk goreng sebab tak nak hangit. 
4. Goreng sampai bahagian luar warna perang. Sambil goreng tu golek-golekkan cucur supaya sama rata masaknya. 

Siap! Makan saja sedap, makan cicah sos pun sedap. Terpulang mana-mana ikut selera masing-masing. 

Selamat mencuba!!

Farah ade buat share video resepi cucur ni juga. Jemput tengok kat youtube farah. Jangan lupa tekan butang Subscribe!


Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign