12 Oct 2018

Resepi Gulai Kuning Ayam

Resepi Gulai Kuning Ayam || Beberapa hari sebelum farah masak gulai kuning, farah ternampak rakan facebook upload gambar makanan. Gulai kuning nasi berlauk. Pergh sedapnya. Makan pulak dengan sambal. Menambah-nambah lah nasi nanti. 

Lepas tengok gambar tu, farah dok teringin sangat nak makan gulai kuning. Hajatnya nak buat gulai kuning nasi berlauk. Maksudnya ikan lah. 
Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 

Farah pun tanya hubby, nak ayam ke ikan. Dia sengih. 

“Ayam”

Siapa suruh tanya kan. Dah tahu pun dia nak jawab apa. Haha. Jadi masak lah gulai kuning ayam. 

Sebelum ni pernah buat ayam masak lemak cili api. Sebenarnya bagi farah macam tak ada beza sangat melainkan resepi kali ni ada kacang dan timun batang dalam gulai. Rasa farah rasa tak jauh beza. Tapi farah lebih suka kan resepi kali ni. 

Hubby pun kata sedap. Makan menambah juga. Dia bukan jenis suka sangat lauk lain melainkan ayam masak merah atau sambal. Haha. 

Medina pun suka. Farah suap medina, habis satu pinggan dia makan. Medina memang suka lauk masakan lemak. Lemak kuning, lemak putih, semua dia suka. Makan campur kicap sikit, licin pinggan hehe. 

Resepi ni tak susah pun. Korang boleh tengok video dulu untuk senang faham. 


GULAI KUNING AYAM

resepi asal : aziekitchen

Bahan-bahan:
6 ulas bawang merah - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 cili kering - kisar
1 cawan santan
Air
1 asam keping
1 timun batang - belah 2 dan potong pendek
5 kacang panjang - potong pendek
1/2 Ayam - potong ikut saiz yang sesuai
Gula
Garam

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 
2. Masukkan santan. Kacau seketika. 
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan asam keping, timun batang dan kacang panjang. Kacau. 
5. Masukkan ayam. 
6. Perasakan dengan gula dan garam. 
7. Masak dengan api sederhana. 

Siap! 

Resepi Gulai Kuning Ayam
Resepi Gulai Kuning Ayam 
Makan dengan nasi putih panas, sambal belacan fuuuh. Kecur air liur tau. 

Gulai ni kalau nak buat gulai ikan kembung atau ikan selar pun boleh. Sedap juga. 

Selamat mencuba!





No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign