18 Sep 2018

Resepi Cucur Manis

Resepi Cucur Manis || Assalamualaikum semua hehe. Bajet- bajet ramai lah follow blog kita ni haha. Lama sangat dah tak update blog sejak bersalin. Eh tak, sebenarnya slow update masa hujung- hujung mengandung hani hari tu. Bila masuk 8 bulan tu dah penat 24 jam, nak tidur 24 jam, sakit kaki 24 jam haha. 

Sekarang hani dah nak masuk 6 bulan Alhamdulillah. Dah besar dah hehe. Seminggu dua lagi nak mula makan dah. Umi yang excited bila baby nak makan haha. Kesian tau tengok baby telan air liur masa kita makan. Nak makan depan dia pun kesian. Ada tak mak-mak lain macam ni? Sep sikit!

Rasanya dalam sebulan ni farah baru dapat mula masak betul-betul semula. Sebelum ni nak sesuaikan diri dengan status baru ‘mak anak dua’ hehe. Pening juga nak cari masa bila nak masak. Yelah balik kerja pukul 5. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Kemas susu, basuh pam, keluarkan barang nak masak dan lain-lain tengok-tengok dah pukul 6. Tiba-tiba hubby sampai dari ambil anak-anak. Berperang pulak dengan medina hani. Makan malam bila nak masak? Ha gitu lah awal-awal haritu. 

cucur manis



Hani pulak kecik lagi. Tak boleh tinggal dengan medina  takut kena penyek hehe. Walaupun medina baik dengan adik dia, masih tak boleh kan. Haa, lagi satu hani kan menyusu badan. Baby menyusu badan ni asyik nak berkepit je dengan mak dia. Hehe. 

Eh panjang pulak pembuka cerita. Sebenarnya nak kongsi resepi cucur manis. 

Beberapa hari lepas tiba-tiba teringin nak buat cucur. Farah fail sikit bab cucur ni. Cucur bodo pun  tak jadi biasanya. Haha. Tengok ada resepi cucur kembung. Teringin nak buat sebab nampak comel je bulat-bulat. 

Tapi waktu nak buat cucur tu tak sempat pulak nak menggentel. Jadi farah guna sudu je untuk goreng cucur. Bentuk dia masih lagi kembung walaupun tak bulat cantik. Rasa pun sedap. Hubby suka, sampai suruh ajar dia buat sebab di nak buat sendiri nanti. Yeke nak buat sendiri haha. 

Ok lah ni resepi dia. Selamat mencuba!

CUCUR MANIS 
resepi asal: fb yati rahim

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam. Kacau. 
2. Tambah air panas. Kacau sebati. 
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, guna api perlahan untuk goreng sebab tak nak hangit. 
4. Goreng sampai bahagian luar warna perang. Sambil goreng tu golek-golekkan cucur supaya sama rata masaknya. 

Siap! Makan saja sedap, makan cicah sos pun sedap. Terpulang mana-mana ikut selera masing-masing. 

Selamat mencuba!!

Farah ade buat share video resepi cucur ni juga. Jemput tengok kat youtube farah. Jangan lupa tekan butang Subscribe!


Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign