Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada semua yang sudi
melawat dan membaca blog Farah yang tidak seberapa ini
Farah dilahirkan dan menetap dari Besut,
Terengganu. Membesar dengan longhat Kelantan dan tak pandai bercakap
dengan longhat Terengganu. Anak ke-5 dari 7 adik-beradik. Menuntut di
Besut dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Memasuki Kolej Matrikulasi
Pahang (KMPh) pada 2006 dan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian
Kelantan pada 2008 dan mengambil bidang Doktor Pergigian.
Farah kenal hubby masa belajar di USM dan
berkahwin masa tahun akhir pengajian.
Saya sangat suka makan, tidur dan memasak
(tapi tidak lah pandai masak). Hubby kate Farah ni particular dan cerewet haha.
Farah sangat minat berniaga/ bisnes. Insyaallah satu hari nanti akan
berniaga. Farah minat mengambil gambar, tapi masih lagi belajar sendiri cara
yang betul. Jadi bila memasak Farah cuba sedaya upaya untuk ambil gambar
sendiri.
Farah mula menulis di blog sejak 2007,
tapi tak pernah teruskan blog sebab masa itu tengah belajar di matrikulasi dan
tiada akses internet. Farah ada cipta banyak blog lepas itu tapi tak
update juga. Ini lah blog pertama Farah yang ditulis.
Farah menetap di Langkawi sejak 2013 hingga sekarang dan bekerja sebagai doktor gigi.
Salam perkenalan,
Farah Sanusi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/